Mulut terkumat-kamit dalam bacaan
Mata terpejam mencari ketenangan
Kaki dan tangan rela perbuatan
Tapi, minda fikiran penuh khayalan
Dan hati jiwa penuh gangguan
Resah diri hilang kekhusyukan
Doa agar diterima simbol kehambaan
Dan ampun ku pinta pada Mu Tuhan
Dahi ku jauh dari sinar kehitaman
Sujud pada Mu, tak cukup kesempurnaan
Namun, daya ku patuh segala arahan
Dan akan ku benci segala larangan
Dalam meniti ujian kehidupan
Hanya pada Mu, beri keabdian
Kerana Engkau, aku dihidupkan
Dan merasai juga akan kematian
Kembali nanti menghitung amalan
Syafaat Muhammad menjadi harapan
Syurga Neraka sebagai percaturan
Jannah Firdausi menjadi idaman
credit 2 : ahmad asyraf, KPTM KL
No comments:
Post a Comment